Kerajaan Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah laman web yang mengkhususkan kemudahan penyaluran cadangan-cadangan untuk Belanjawan 2020 dari rakyat Malaysia. Belanjawan 2020 atau Rancangan Malaysia Ke-12 bakal dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober 2019.

Melalui laman web Belanjawan 2020 ini, pengguna boleh menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan memberikan cadangan-cadangan bernas kepada kerajaan untuk dibentangkan di Parlimen nanti.

Laman web ini dibuka mulai dari 9 Ogos 2019 hingga 11 September 2019 dan segala cadangan-cadangan akan dikumpulkan sebelum pembentangannya pada Oktober ini.

Layari Belanjawan 2020 untuk memberikan cadangan penambahbaikan terhadap keadaan ekonomi semasa dan jangka panjang untuk Malaysia.

Tinggalkan komentar