Kementerian Sumber Manusia (KSM) baru-baru ini telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan sebagai Working for Workers (WFW).
Aplikasi ini diwujudkan bagi memudahkan para pekerja membuat aduan mengenai majikan yang menghalang pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR).
Sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19, kerajaan telah mengarahkan 40% tenaga kerja melakukan BDR bagi sektor swasta. Manakala bagi sektor awam pula, seramai 80% perlu BDR. Arahan ini bermula dari 25 Mei 2021.
Menerusi aplikasi ini juga, para pekerja boleh membuat pelbagai aduan yang berkaitan dengan tempat kerja masing-masing.
Pihak kerajaan menjamin kerahsiaan aduan yang disampaikan melalui aplikasi ini.
Anda boleh memuat turun aplikasi Working for Workers (WFW) untuk Android dan juga iPhone.













