Utama Mobile Aplikasi KPDN: Subsidi Bersasar RON95 boleh guna Pelbagai Cara, Bukan MyKad sahaja

KPDN: Subsidi Bersasar RON95 boleh guna Pelbagai Cara, Bukan MyKad sahaja

126
0

Skim subsidi bersasar RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme dan tidak sekadar dengan menggunakan MyKad semata-mata, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali.

Beliau menyatakan orang ramai tidak perlu khuatir jika mengalami kesukaran ketika membeli petrol bersubsidi bersasar kelak. Ini kerana warganegara yang layak boleh mendapatkannya dengan mudah dan pantas menerusi aplikasi yang disediakan oleh syarikat minyak. Antaranya aplikasi Setel dari Petronas dan aplikasi Shell dari Shell.

“Pengguna boleh menggunakan kaedah pembayaran di terminal pembayaran di luar atau di dalam stesen minyak untuk membeli petrol bersubsidi itu. Jadi, jangan khuatir, jangan anggap bahawa MyKad (fizikal) hanya satu-satunya kaedah.

“Walaupun semuanya akan disandarkan kepada kelayakan yang ada dalam MyKad, pembelian itu tidaklah hanya bergantung pada satu kaedah semata-mata,” katanya.

Armizan memberitahu kerajaan telah menjalankan persiapan dengan teliti sejak awal tahun bagi memastikan pelaksanaan skim subsidi bahan api bersasar yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan tidak lama lagi berjalan lancar.

“Kami akan memastikan proses berjalan lancar dan tidak membebankan pengguna kerana tidak mahu orang ramai beratur panjang,” katanya lagi.

Tinggalkan komentar