Utama Fotografi Kodak nafi khabar angin bankrap, nyatakan perniagaan masih stabil

Kodak nafi khabar angin bankrap, nyatakan perniagaan masih stabil

41
0

Kodak telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan laporan media yang mengatakan akan menamatkan operasi, menutup perniagaan atau memfailkan notis kebankrapan. Menurut Kodak, dakwaan tersebut berpunca daripaad laporan CNN baru-baru ini yang memetik laporan pendapatannya telah menyalah tafsir istilah teknikal perakaunan.

Di dalam laporan sukuan kedua pendapatan 2025, Kodak telah memasukkan pernyataan “going concern (usaha berterusan)” untuk menunjukkan kekurangan “commited financing or available liquidity (pembiayaan berkomitmen atau kecairan tersedia)”.

Ia bagi menampung kira-kira US$500 juta (~RM 2.12 billion) dalam tanggungan hutang dan saham keutamaan. CNN melaporkan ini “mencetuskan kebimbangan” terhadap keupayaan syarikat untuk meneruskan operasi.

Kodak menegaskan pihaknya tiada perancangan untuk menghentikan atau mendapatkan perlindungan kebankrapan dan kekal yakin untuk membayar semula, melanjutkan atau membiayai semula tanggungan pada atau sebelum tempohnya. Tambahnya lagi, sebaik transaksi yang dirancang selesai awal tahun hadapan, syarikat dijangka mempunyai kunci kira-kira yang lebih kukuh berbanding tahun-tahun kebelakangan ini dan bebas komitmen.

Imej dari Kodak

Tumpuan utama terhadap rancangan ini adalah penamatan pelan pencen persaraannya yang sedang diusahakan oleh Kodak. Syarikat dijangka menerima kira-kira US$500 juta (~RM 2.12 billion) pada Disember 2025 selepas menyelesaikan tanggungan kesemua penerima pencen. Ini turut melibatkan kira-kira US$300 tunai, diperuntukan di bawah pinjaman berjangka untuk bayaran semula hutang, dan US$200 di dalam pelaburan aset untuk ditukarkan kepada tunai.

Buat masa ini Kodak mempunyai hutang berjangka US$477 juta dan saham berkeutamaan belum dijelaskan US$100 juta. Tunai dari transaksi rancangan pencen akan mengurangkan hutang berjangka kepada kira-kira US$177 juta selepas mengambil kira baki hutang dan saham berkeutamaan.

Kodak menegaskan perniagaannya kekal “stabil dan mampan,” dengan menyatakan pihaknya hanya menggunakan tunai US$3 juta pada sukuan kedua yang kebanyakannya digunakan pelaburan pertumbuhan dan tidak merancang untuk bergantung dengan dana pencen untuk membiayai operasi harian.

“Kami yakin dengan perancangan kami untuk memenuhi semua tanggungan dan optimistik terhadap masa depan kami,” ujar kenyataan tersebut.

Tinggalkan komentar