Hujung minggu ini, sebahagian pengguna melaporkan menerima ralat status pada aplikasi MySejahtera masing-masing. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di atas ralat pada aplikasi MySejahtera.

Berdasarkan laporan yang diterima, ralat tersebut telah menyebabkan status Perintah Pengawasan (Home Surveillance Order, HSO) dan Pemerhatian Di Rumah (Person Under Surveillance, PUS) muncul secara tiba-tiba.

Pasukan MySejahtera menerusi akaun Twitter rasmi telah memaklumkan punca ralat tersebut telah dikenalpasti dan dibaikpulih. Kesemua ralat status HSO dan PUS berkenaan telah pun diperbetulkan semula.

Cara membaiki ralat Home Surveillance Order (HSO) dan Person Under Surveillance (PUS) pada MySejahtera

Akaun Public Health Malaysia di Twitter telah berkongsikan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi pengguna yang menghadapi ralat tersebut:

Kaedah 1

  • Log keluar dari aplikasi
  • Log in semula ke MySejatera

Kaedah 2

  • Log Keluar dari aplikasi
  • Nyahpasang aplikasi
  • Pasangkan semula apilkasi
  • Log masuk semula

Kaedah 3

  • Log keluar dari aplikasi
  • Pergi ke tetapan telefon anda, cari MySejahtera di dalam senarai aplikasi yang dipasangkan
  • Bersihkan (clear) cache
  • Log masuk semula ke aplikasi

Tinggalkan komentar