Minyak zaitun mempunyai sejarah yang panjang penggunaannya di dalam kehidupan manusia seharian. Selain dari bahan untuk masakan, minyak zaitun juga sering dijadikan sebagai salah satu bahan dalam rawatan tradisional di serata dunia.

Orang Mesir sejak dari zaman Firaun lagi menggunakan minyak zaitun yang dicampur dengan sarang lebah sebagai pencuci muka, pelembap dan juga bahan anti bakteria. Nun di Eropah pula, orang Yunani purba menggunakannya sebagai bahan untuk mengurut (massage). Kebiasaannya ia digunakan dengan tujuan menghindarkan kecederaan dikalangan ahli sukan, melegakan lenguh-lenguh otot dan juga membuang pembentukan asid laktik (buang angin kata orang Melayu).

Pada tahun 2000, Jepun pernah menjadi negara pengimport utama buah zaitun di Asia (13,000 tan setahun) kerana pengguna di sana yakin pengambilan dan penggunaan buah zaitun bagus untuk kecantikan kulit dan juga kesihatan tubuh badan.

Secara relatifnya, tidak banyak kajian saintifik yang dilakukan terhadap keberkesanan minyak zaitun terhadap masalah-masalah kulit termasuk masalah jerawat. Bagaimanapun, terdapat satu kajian yang mendapati kandungan squalene di dalam minyak zaitun, mungkin memberikan kelegaan kepada masalah-masalah seperti dermatitis, jerawat, psoriasis dan dermatitis atopik.

Penggunaan minyak zaitun bukan hanya selamat untuk orang dewasa, ia juga sering digunakan pada bayi-bayi. Urutan bayi dengan menggunakan minyak zaitun bukanlah perkara asing dikalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Bagaimanapun, ia bukanlah sesuai untuk semua keadaan kulit bayi. Bagi bayi yang mempunyai masalah kulit kering, adalah lebih baik ibu bapa mendapatkan nasihat dari pakar perubatan sebelum menyapu apa-apa sapuan pada bayi.

Minyak Zaitun

Sebelum ini, aku kerap menggunakan minyak zaitun untuk disapukan pada rambut. Aku jarang gunakan minyak rambut seperti Brylcreem atau Tancho yang popular masa zaman aku sekolah dulu. Bukannya sebab aku tau tentang khasiat minyak zaitun ni pun dulu. Cuma nak jimat bajet, pinjam mak aku punya untuk buat rambut belah tengah ala-ala Tomok kononnya. Memang tak boleh blah betul time tu.

Korang pulak macam mana? Pernah tak gunakan minyak zaitun? Tak kisahlah sama ada untuk memasak atau untuk kecantikan ke?

15 KOMEN

  1. Masa saya budak2 dulu, kami orang kampung yg rata-ratanya marhaen tak pakai minyak zaitun, apa lagi Brylcream, Code 10 dll, kami cuma pakai minyak kelapa (orang Kedah panggil minyak nyoq), free saja, mak proses dari kelapa belakang rumah…

    • Terbaiklah pakai minyak nyoq. Orang tua-tua kata, baguih boh minyak nyoq kat rambut. Nanti rambut boleh jadi cantik dan menawan. Kalau saya awai-awai lagi pakai minyak nyoq, memang boleh jadi fabulous la rambut saya ni, tak payah nak pakai produk terlajak laris ka, apa ka. Hehehe
      Samuel L Jackson Pink Wig

  2. Saya selalu juga minum satu sudu minyak zaitun waktu pagi.. segar juga badan. Cuma tak selalulah.. dulu mula2 tak suka tapi bila dah lama2 layan juga.. org kata bagus utk turunkan darah tinggi dan kurangkan stress atau penat. Bab kurangkan penat tu saya setuju sbb mmg rasa & itulah sebab saya masih mengamalkan.. Paling bagus bertolli extra virgin olive oil tu… siap promote lagi.. 😀

  3. Kalau masak, saya ada guna juga minyak zaitun.
    Tapi selang seli dengan dengan minyak yang biasa tue.
    Hihihi.
    Bagus minyak zaitun kalau bayi selesema letak sekali dengan bawang putih.

Tinggalkan komentar