Digi memperkenalkan tawaran baharunya menerusi jualan bulanan 7.7 dengan diskaun untuk peranti dengan pelan jalur lebar mudah alih dan juga data. Salah satu yang diketengahkan di dalam jualan 7.7 Digi ini adalah peranti OPPO A16 yang didatangkan bersama-sama pelan Postpaid 60 sebagai sebahagian dari Pakej Power Jimat.
Peranti berkenaan pada harga biasa dijual RM599 melalui pakej ini dan sempena promosi jualan ini ia dijual pada harga RM99, diskaun sebanyak 80%. Untuk pelan Digi Postpaid 60 ini, anda akan menerima data mudah alih sebanyak 40GB dengan panggilan tanpa had untuk RM60 sebulan.
Sebagai bonus untuk pelan data mudah alih, Digi menawarkan data 50% lebih untuk dua pelan Broadband 65 dan 105 menerusi jualan data 7.7 ini. Pelan ini biasanya didatangkan dengan data mudah alih sebanyak 50GB dan 100GB sebulan. Kini melalui tempoh promosi ini, pengguna yang berdaftar dalam tempoh tersebut akan diberikan data masing-masing 75GB dan 150GB.
Pengguna pascabayar Digi juga turut ditawarkan di dalam promosi jualan 7.7 ini juga melalui diskaun 50% untuk perlanjutan tempoh sah Super Long Life. Biasanya ditawarkan pada harga RM108 dan kini ditawarkan pada harga RM54 dalam tempoh promosi jualan tersebut. Pengguna boleh melanjutkan tempoh sah prabayar untuk tempoh 365 sehari dengan Super Long Life.
Tidak ketinggalan pas booster eksklusif dikenali sebagai 77GB + Unlimited YouTube turut ditawarkan pada harga RM9. Ia ditawarkan untuk pelanggan prabayar dan pascabayar dan sah digunakan untuk tempoh selama tiga hari.
Maklumat mengenai Jualan 7.7 Digi ini boleh didapati menerusi laman web rasmi Digi. Promosi jualan ini berlangsung sehingga 10 Julai 2022.
















