Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan sistem pemantauan keselamatan kenderaan menggunakan teknologi Peranti Pengecaman Frekuensi Radio (Radio Frequency Identification Device, RFID) menjelang tahun 2018.
Fungsi RFID ini bakal disertakan bersama dengan pelekat cukai kenderaan jenis baharu yang juga boleh digunakan pada kesemua jenis kenderaan termasuk motorsikal. Penggunaan RFID ini memudahkan pihak berkuasa memantau pergerakan kenderaan-kenderaan yang disyaki terlibat untuk kegiatan jenayah melalui peranti-peranti termasuklah penggunaan satelit.
Tambahan pula, ia dapat membantu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan JPJ dalam memantau kes-kes jenayah yang melibatkan kecurian kenderaan yang semakin menular sejak akhir-akhir ini.
Penggunaan RFID ini juga menyediakan ruang buat Lembaga Lembuhraya Malaysia (LLM) mengimplementasikan sistem pembayaran tol secara automatik tanpa plaza tol.
Selain dari itu, penggunaan RFID mampu memberikan info yang lebih tepat pada masa nyata seperti maklumat kesesakan lalu lintas dan seterusnya memudahkan pihak berwajib menguruskan lalu lintas.
Sebagai permulaan, penggunaan pelekat dengan RFID ini akan mula digunakan pada tag VEP bagi kenderaan tempatan dan luar negara yang keluar masuk sempadan di antara Johor dan Singapura pada Oktober ini.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, beliau yakin menjelang tahun 2018 pihak JPJ mampu menyelesaikan penyegerakkan data-data pengguna jalan raya dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Imigresen dan pihak swasta seperti sistem pembayaran Touch n’ Go.
-Sumber info diperoleh dari Paul Tan, Imej Cover dari Gero Azrul














Kan bagus kalau benda ni boleh digunakan terus kat lorong smart tag… huhuhu