Lebih kurang dua minggu selepas ia diperkenalkan ke seluruh dunia, iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max kini secara rasminya di Malaysia. Model keluaran tahun ini dilihat hadir agak pantas ke pasaran tempatan jika dibandingkan dengan model sebelum ini.

Minggu lepas pra-tempahan iPhone 14 mula dibuka di Malaysia dengan harganya bermula dari RM4,199 untuk varian 128GB. Manakala untuk varian 256GB dan 512GB pula harganya masing-masing RM4,699 dan RM5,699.

Sebagai perbandingan, iPhone 13 128GB pada tahun lepas dijual pada harga RM3,899 ketika dilancarkan, dengan varian 256GB pula dijual pada harga RM4,399 dan RM5,299 untuk pilihan 512GB.

Kesemua model iPhone terkini keluaran 2022 ini boleh dibeli terus melalui laman web rasmi Apple Malaysia dan juga syarikat telekomunikasi tempatan di CelcomDigiMaxis, dan U Mobile.iphone-14-pro-dynamic-island

Anda juga boleh mendapatkannya dengan wakil-wakil jualan Apple yang sah di seluruh Malaysia seperti MachinesSwitch, iTworld (SNS Network)Thunder MatchAll ITsenQ/SenhengHarvey NormanLazada, dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk mengemaskini iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max anda ke iOS 16.0.2 sebelum anda mula menggunakan aplikasi kamera pihak ketiga. Jika tidak, anda mungkin mengalami masalah kamera bergetar sungguhpun tidak semua unit mempunyai masalah yang sama.

 

Tinggalkan komentar