Beberapa minggu kebelakangan ini terdapat pelbagai desas-desus mengenai model yang dikatakan sebagai iPhone 14 Max. Sebelum ini model tersebut dikatakan akan diperkenalkan selepas ketiadaan siri iPhone mini baharu.
Terkini, model berkenaan dilaporkan tidak akan dikenali sebagai iPhone 14 Max, sebaliknya dikenali sebagai iPhone 14 Plus.
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Tommy Boi, nama iPhone 14 Plus tertera pada Clear Case MagSafe. Jika maklumat ini tepat, Apple dijangka mungkin akan mengekalkan model Max khusus pada varian pro sahaja. Manakala Plus pula mungkin untuk varian bukan pro.
Who said Plus? pic.twitter.com/O7GJAsKT8b
— Tommy Boi (@Tommyboiiiiii) August 31, 2022
Apple pertama kali memperkenalkan model Plus di dalam siri iPhone menerusi iPhone 6 Plus pada 2014. Khabar angin juga kuat mengatakan iPhone 14 Plus dan iPhone 14 Pro Max berkenaan akan mempunyai ukuran paparan yang sama 6.7-inci. Sungguhpun mempunyai saiz yang sama, perbezaan ketara antara keduanya adalah pada sistem dwi-kamera dan tri-kamera masing-masing.













