Lebih kurang setahun lagi untuk iPhone 14 akan hadir selepas tidak sampai sebulan iPhone 13 dilancarkan. Khabar angin mengenai apa yang dirancangkan untuk iPhone 14 telah mula bertiup kencang dengan salah satunya mengatakan ia akan ditawarkan dengan storan sehingga 2TB.

Melalui iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, Apple telah menambah pilihan storan 1TB untuk penggunanya, konfigurasi terbesar setakat ini yang ditawarkan pada iPhone.

Pilihan baharu ini ditawarkan kerana fungsi kamera baharunya seperti ProRes yang akan dilancarkan kelak pada tahun ini. Video ProRes akan memerlukan storan yang lebih besar berbanding video biasa. Selain itu, video 4K 60FPS sedia ada juga memakan ruang storan yang besar.

Apple telah memasarkan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max sebagai peranti terulung untuk jurugrambar video dan jurugambar sinema. Oleh itu, pilihan 1TB adaah penawaran khusus bagi pengguna profesional berkenana.

Untuk iPhone 14 tahun hadapan, Apple dikatakan akan mensasrkan untuk menjadikan iPhone Pro lebih “Pro” dengan pilihan storan sehingga 2TB. Pun begitu, maklumat dari laman web berpangkalan di China, MyDrivers ini masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya.

Tinggalkan komentar