Intel hari ini telah mendedahkan pemprosesan mampu milik dan mesra bajet terbaru, Intel Pentium Silver dan Intel Celeron. Pemprosesan-pemprosesan ini dibina berasaskan senibina Intel Gemini Lake dan ianya murah dan lebih cekap menggunakan tenaga bagi kegunaan komputer desktop dan laptop.

Intel Pentium Silver dan Intel Celeron terbaru ini turut dilengkapi dengan keupayaan Wi-Fi Gigabit bagi meningkatkan kelajuan capaian penyambungan.

Untuk kegunaan pada desktop, Intel memperkenalkan Pentium Silver J5005 serta Intel Celeron J4105 dan J400. Manakala bagi peranti mudah alih pula, Intel membawakan Celeron N4100 dan N4000. Selain itu, kedua-dua chip pemprosesan ini juga mampu mengendalikan kandungan penstriman dari laman popular seperti Youtube dan Netflix.

Turut diperkenalkan, teknologi paparan yang dikenali sebagai Local Adaptive Contrast Enhancement (LACE) bagi membolehkan pengguna melihat skrin peranti dengan lebih jelas sewaktu berada di luar atau dibawah sinaran cahaya yang terang. Kedua-dua jenis pemprosesan ini juga berkeupayaan memuat turun fail sebesar 8GB dalam tempoh 1 minit sahaja melalui Intel 9560 AC. Serta mampu memain semula video HD secara berterusan sehingga 10 jam dengan bateri 35W/jam.

Pentium Silver J005 merupakan pemprosesan Quad-Core berkelajuan klok sehingga 2.8GHz; 800MHz. Grafik berintegrasi Intel UHD Graphics 60, saiz cache 4MB, 2 DD4 2400, saluran memori LPDDR4 2400. Manakala bagi Intel Celeron J4105 pula J4005, ia menampilkan spesifikasi yang sama dengan J005, cumanya J4005 adalah pemprosesan Dual-Core processor dengan kelajuan klok 2.7GHz berserta chip pemprosesan grafik yang berbeza; Intel UHD 600 Graphics dengan kelajuan klok 700MHz.

Untuk segmen mudah alih pula, Pentium Silver N5000 merupakan chip pemprosesan quad-core dengan kelajuan klok sehingga 2.7GHz berserta Intel UHD Graphics 605 pada kelajuan klok 750MHz. Pemprosesan Intel Celeron N4100 dan N4000 pula hadir dengan kelajuan klok masing-masing 2.4GHz dan 2.6GHz dengan chip pemprosesan grafik berintegrasi Intel UHD 600 Graphics pada kelajuan 700MHz dan 650MHz tiap satunya.

Intel turut menambah, berdasarkan ukuran penanda aras SYSmark, Pentium Silver menyediakan prestasi 58 peratus lebih pantas dari pemprosesan Pentium model 4 tahun yang lepas.

Laptop, peranti 2-dalam-1, PC semua-dalam-satu, PC mini dan desktop yang dilengkapi dengan chip pemprosesan ini dijangka akan hadir sekitar suku tahun pertama 2018 kelak.

Sumber berita diperoleh dari Anand Tech

Tinggalkan komentar