Sejak kebelakangan ini tidak banyak berita mengenai pengeluaran model pemprosesan terbaru untuk kegunaan pengguna biasa yang diumumkan oleh Intel. Namun, baru-baru ini telah muncul khabar angin yang mengatakan Intel sedang mengusahakan CPU Intel Core i3 terbaru yang berkeupayaan Hyperthreading.
Khabar angin ini datangnya dari seorang pengguna Twitter berasal dari Thailand, APISAK (@TUM_APISAK) yang menemukan satu entri di dalam UserBenchmark. Berdasarkan cicipan beliau, Core i3-10300 yang terbaru ini menyenaraikan 4-teras, 8-bebenang CPU, dengan klok asas 3.7GHz dan klok turbo dipertingkatkan 4.2GHz.
Ketepatan maklumat tertiris ini masih lagi boleh diperdebatkan. Tapi, mengambil kira kredibiliti APISAK dalam berita-berita sebegini, kemungkinan ianya sahih adalah tinggi. Jadi, jika benar khabar angin ini, CPU ini bakal menjadi Core i3 pertama yang berkeupayaan Hypethreading.
Intel Core i3-10300
U3E1, 1 CPU, 4 cores, 8 threads
Base clock 3.7 GHz, turbo 4.2 GHzhttps://t.co/HlFLpGzPIK pic.twitter.com/0Ug5vz3hXt— APISAK (@TUM_APISAK) December 26, 2019
Tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran pemprosesan ini telah diumumkan. Namun, berdasarkan nama kod yang digunakan, ia bakal menjadi salah satu model peringkat awal bagi membarisi CPU Intel model berikutnya, Comet Lake-S. Sehingga itu, kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Intel.
Sumber berita diperoleh dari TechRadar













