Selain dari memperkenalkan Graphics Comaand Center terbarunya, Intel turut mengumumkan kehadiran siri pemprosesan Intel Core H Generasi Ke-9 khusus untuk laptop.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Intel bersempena GDC 2019 tersebut, pemprosesan berprestasi tinggi berkenaan akan dilancarkan pada suku tahun kedua 2019.
Bagaimanapun, Intel tidak memperincikan lebih lanjut berkenaan spesifikasi teknikalnya termasuk kelajuan klok dan bilangan teras untuk siri pemprosesan mudah alih berkenaan.
Hanya sebahagian maklumat sahaja yang didedahkan untuk sebahagian model siri pemprosesan Intel Core H Gen Ke-9 berkenaan. Antaranya penggunaan adapter rangkaian Intel Wi-Fi 6 AX200, memori Intel Optane dan juga sokongan Thunderbolt 3.
Secara keseluruhannya, Intel masih lagi berahsia mengenai perincian cip pemprosesan siri tersebut dan cuma sekadar memaklumkan ianya bakal hadir ke laptop-laptop tidak berapa lama sahaja lagi.
Sumber berita diperoleh dari Intel













