IGTV telah dilancarkan oleh Instagram sejak Jun tahun lepas, sebagai salah satu cara menyaingi YouTube. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Instagram berusaha menjadikan video-video IGTV lebih menonjol bagi meningkatkan lebih keterlibatan dan lebih mudah diketemukan.

Bagaimanapun, kelemahan yang ketara pada video-video ini adalah ketiadaan sokongan video paparan landskap. Pada peringkat awal, disebabkan perkhidmatan ini dikhususkan pada peranti mudah alih, Instagram menjangkakan pengguna lebih selesa menonton video berorientasi potret dan orientasi landskap tidak disediakan. Hal ini menyebabkan pencipta kandungan terpaksa menghasilkan atau menyunting video dalam orientasi potret.

Atas sebab itu, Instagram pada hari ini mengumumkan bahawa pihaknya kini menambah sokongan untuk video landskap. Penambahbaikan ini hadir menerusi maklum balas yang diterima daripada pencipta kandungan dan juga penonton. Perubahan itu penting untuk platform kerana kebanyakan video lebih selesa ditonton dalam orientasi landskap.

Menyesuaikan kandungan dengan orientasi potret di dalam platform IGTV sebelum ini menyebabkan pencipta kandungan kurang cenderung menghasilkan kandungan khusus untuknya. Justeru, penambahbaikan ini juga meningkatkan kualiti tontonan pengguna, kerana video lanskap kini boleh dimainkan pada skrin penuh.

Instagram percaya ia adalah perubahan yang dilakukan adalah tepat untuk penonton dan pencipta kandungan. Perubahan ini dijangkakan mungkin membawa kepada lebih ramai penyertaan oleh pencipta kandungan, dan jika ianya berjaya, YouTube bakal menemukan pesaingnya yang sejati kelak.

Sumber berita diperoleh dari Instagram

Tinggalkan komentar