Inatagram kini mengubah algoritmanya dalam mempromosikan kandungan asli, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Adam Mosseri, pada Rabu baru-baru ini. Perubahan ini mengetengahkan idea yang asli dan bukannya video-video yang diambil dari platform-platform lain seperti TikTok.

Jurucakap Instagram memberitahu TechCrunch akan menaikkan algoritma yang mengutamakan kandungan asli pada Reels dan Feed berbanding kandungan yang dihantar semula. Ini secara tidak langsung mengurangkan kandungan dari platform lain di dalam Instagram.

Berita mengenai perubahan ini hadir tidak lama selepas Instagram menguji untuk membuang tab ‘recent’ dari halaman hashtag. Menurut Instagram, langkah ini diambil bagi membantu pengguna berhubung dengan kandungan yang lebih menarik dan relevan.

Pengguna yang terlibat di dalam sesi pengujian tersebut akan melihat dua tab. Satu daripadanya adalah Top, di mana kandungan yang paling popular akan ditayangkan, manakala Reels pula akan memaparkan video-video yang dimuatnaik oleh pengguna lain.

Tinggalkan komentar