Infinix XPAD 20 Pro, kini secara rasminya telah memasuki ke pasaran Malaysia pada 16 September 2026. Tablet ini menampilkan rekaan yang nipis dan ringan berukuran 6.58mm dan berat 545 gram.
Menampilkan paparan LCD 2K 12-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan 450 nits, tablet ini turut didatangkan dengan sistem audio empat pembesar suara DTS 360°.
Di dalamnya ia dimuatkan dengan pemprosesan MediaTek Helio G100 Ultimate dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Baterinya berkapasiti 8,000mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Untuk ketersambungannya, ia juga dilengkapkan dengan 4G, Wi-Fi dan juga Bluetooth.
Selain itu, ia juga menggunakan sistem operasi Android 15 melalui antaramuka XOS 15 dengan sokongan kemaskini keselamatan dua tahun. Sama seperti XPAD 20, XPAD 20 Pro juga dipasangkan dengan suite berkuasa AI seperti AI Translation, Homework Solver, dan Hi Translation. Ia juga menyokong pencerminan (mirroring) skrin rentas peranti dengan telefon pintar Infinix.
Dari segi pengimejan, telefon pintar ini juga disediakan dengan kamera 8MP di bahagian belakang, serta kamera 5MP di sebelah hadapan.
Infinix XPAD 20 Pro hadir dengan dua pilihan warna iaitu Titanium Grey dan Mist Blue. Ia dijual pada harga RM999 dan boleh didapati secara fizikal melalui wakil pengedar yang sah di seluruh negara. Anda yang berminat untuk membuat pembelian secara dalam talian boleh mengunjungi platform Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
Bersempena pelancarannya, setiap pembelian berpeluang untuk menerima hadiah percuma bernilai RM599 berbentuk XPAD 20 Pro Keyboard dan X Pencil 20 selagi stok masih ada.















