Utama Android Infinix Infinix GT 30 Pro akan dilancarkan di Malaysia 21 Mei 2025

Infinix GT 30 Pro akan dilancarkan di Malaysia 21 Mei 2025

248
0

Infinix telah mengumumkan penambahan baharu ke dalam siri GT yang juga berkesinambungan dari GT 20 Pro, GT 30 Pro ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Pelancaran telefon pintar permua ini akan distrimkan secara langsung menerusi laman Facebook dan akaun TikTok rasmi Infinix pada Rabu, 21 Mei 2025 jam 3 petang.

Menurut Infinix, GT 30 Pro menampilkan paparan AMOLED 1.5K AMOLED dengan kadar penyegaran semula 144Hz. Ia dioptimasikan untuk keselesaan mata sepanjang hari bagi kegunaan sesi permainan yang panjang untuk mengurangkan keletihan. Selain itu, GT 30 Pro menampilkan pencahayaan RGB untuk menyerlahkan ciri keunikan luarannya.

Infinix mengesahkan telefon pintar ini dilengkapkan dengan pemprosesan MediaTek Dimensity 8350, namun tidak memperincikannya dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, ia diuar-uarkan mempunyai varian yang menawarkan RAM 8GB dan 12GB. Cuma tidak tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua konfigurasi berkenaan akan tersedia di pasaran tempatan. Telefon pintar ini juga dikatakan akan dikuasakan oleh bateri 5,500mAh dengan sokongan 67W. Ia juga dijangka akan didatangkan dengan Android 15 menerusi antaramuka Infinix XOS.

Infinix GT 30 Pro turut dikatakan mempunyai kamera utama 108MP dan kamera ultra lebar 8MP di belakangnya dengan sebuah lagi kamera 13MP di bahagian hadapannya. Apa pun, maklumat ini hanya boleh disahkan pada minggu hadapan ketika pelancarannya kelak.

Dalam pada masa yang sama, Infinix telah mengumumkan rakan kongsi permainan rasmi untuk Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia musim 15 dan 16. Menurut Infinix, pihaknya komited untuk terus memperkasa dan memupuk pertumbuhan komuniti e-sukan di Malaysia yang kian berkembang.

Tinggalkan komentar