Bagi anda yang sedang tercari-cari telefon pintar pada harga yang mampu milik, anda mungkin berminat dengan Huawei Y5 Prime 2018. Menampilkan paparan 18:9 dan kapasiti bateri 3,020 mAh, Y5 Prime menawarkan sesuatu yang amat berbaloi dengan harga saranannya.

Mengambil kira harga mampu milik yang ditawarkan, spesifikasi Y5 Prime yang lain merupakan sesuatu yang biasa didapati pada mana-mana telefon pintar pada bajet berkenaan. Antaranya termasuklah paparan FullView 5.45-inci 18:9 HD+, pemprosesan MediaTek MT6739 berserta dengan RAM 2GB, storan 16GB yang boleh diperbesarkan melalui slot kad mikro SD, bersama-sama sistem operasi EMUI 8.0 yang berasaskan Android Oreo.

Bagi bahagian kameranya pula, Y5 Prime menawarkan kamera utama 13 MP dan kamera hadapan 5 MP.

Bagi anda yang benar-benar berminat untuk memilikinya, Digi memberikan tawaran menarik untuk telefon pintar ini. Jika anda mendaftar pelan Pascabayar Digi, anda boleh mendapatkan Y5 Prime pada harga RM 1 sahaja. Cuma, macam biasa, anda perlu mengikuti kontrak sehingga 24 bulan dan info lanjut boleh didapati melalui Digi.

Huawei Y5 Prime 2018 kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM490 dan boleh didapati dengan dua pilihan warna; Biru dan Hitam.

Tinggalkan komentar