HUAWEI terus mencipta fenomena dengan pelancaran HUAWEI WATCH GT 5 41mm Gold Milanese Strap. Reka bentuk abadi ini menggabungkan teknologi inovatif dengan gaya elegan, menjadikannya teman sempurna untuk keperluan kesihatan dan gaya hidup harian anda. Sempena pelancaran ini, HUAWEI menawarkan promosi eksklusif untuk masa terhad. Pelanggan boleh menikmati potongan RM300 untuk HUAWEI WATCH GT 5 41mm Gold Milanese Strap (RRP: RM1,299) mulai sekarang hingga 15 Februari 2025.

Direka dengan penekanan pada keanggunan dan kepraktisan, HUAWEI WATCH GT 5 41mm Edisi Emas adalah aksesori wajib bagi mereka yang menghargai gabungan bentuk dan fungsi. Dikuasakan oleh sistem HUAWEI TruSense, WATCH GT 5 menawarkan pemantauan kesihatan yang komprehensif seperti penjejakan kadar denyutan jantung, analisis tidur, dan banyak lagi, serta bateri tahan lama untuk menyokong gaya hidup sibuk anda.

Ciri Pembayaran QR TNG eWallet Kini di HUAWEI Smartwatches Terpilih

Hanya dengan pergerakan pergelangan tangan, anda kini boleh membuat pembayaran menggunakan Ciri QR TNG eWallet melalui jam tangan pintar HUAWEI anda. Dengan menjadikan e-wallet lebih mudah diakses untuk semua, ciri QR TNG eWallet kini disokong pada jam tangan pintar HUAWEI terkini, membolehkan transaksi lancar hanya dengan satu ketikan.

Model yang serasi termasuk:

  • HUAWEI WATCH GT 4
  • HUAWEI WATCH GT 5 Series
  • HUAWEI WATCH FIT 3
  • HUAWEI WATCH Ultimate
  • HUAWEI WATCH D2

Integrasi ini memastikan pengguna dapat menikmati kemudahan dan kecekapan maksimum, sama ada semasa berulang-alik, membeli-belah, atau menikmati makan di luar. Digabungkan dengan ekosistem boleh pakai HUAWEI yang canggih, pengguna kini boleh menikmati gaya hidup yang lebih pintar dan tersambung yang serasi dengan kehidupan peribadi dan profesional mereka. Dengan menyepadukan teknologi inovatif ini, HUAWEI terus menyesuaikan peranti pintar mereka untuk meningkatkan keselesaan dan gaya hidup penggunanya.

Dapatkan Jam Tangan Pintar HUAWEI Anda Hari Ini!

Kunjungi HUAWEI Experience Stores, laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop untuk memiliki jam tangan pintar HUAWEI anda hari ini. Jadilah antara yang pertama memiliki peranti canggih ini dan nikmati faedah eksklusif. Cepat, sebelum kehabisan stok!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan inovasi terkini HUAWEI, sila layari laman web rasmi HUAWEI, Facebook rasmi HUAWEI, atau Instagram.

Tinggalkan komentar