Sungguhpun akses rangkaian 5G di Malaysia masih lagi belum disediakan bagi kegunaan orang ramai, Huawei masih lagi terus memperkenalkan peranti-peranti 5G ke pasaran tempatan.

Selepas melancarkan Nova 7 SE 5G beberapa hari yang lepas, Huawei akan melancarkan MatePad Pro 5G pula dalam bulan ini.

Dikuasakan oleh cipset Kirin 990 5G, yang sedikit berkuasa berbanding versi bukan-5G, MatePad Pro 5G merupakan tablet 5G pertama di Malaysia. Versi yang memasuki ke pasaran tempatan bakal menawarkan RAM sehingga 8GB bersama-sama storan dalaman 256GB. Ianya ditawarkan di dalam kemasan warna Forest Green.

Bahagian belakang tablet model 5G ini diperkemaskan dengan pelapik kulit berasaskan tumbuhan, berbanding variasi Wi-Fi sahaja yang didatangkan dengan kemasan logam. Harga MatePad Pro 5G ditawarkan pada RM3,299, RM900 lebih mahal dari model Wi-Fi sahaja yang dijual pada harga RM2,399.

Boleh didapati bermula dari 26 Jun ini, para pelanggan yang membuat pembelian bakal menerima langganan percuma selama 3-bulan ke Huawei Video dan akses 50GB selama 12-bulan percuma ke perkhidmatan Huawei Cloud.

Melengkapkan tawaran Huawei MatePad Pro 5G, turut ditawarkan pembelian Smart Magnetic Keyboard pada harga RM499 bersama-sama Huawei M-Pencil selagi stok masih ada.

Pembelian sebelum 30 Jun berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah Huawei AppGallery Carnival yang menawarkan hadiah utama berupa Proton X70 dan skuter elektrik.

Tinggalkan komentar