Huawei secara rasminya telah melancarkan laptop siri MateBook keluaran 2021 di Malaysia. Sebanyak lima buah model disenaraikan untuk pra-tempahan bermula dari hari ini hingga 23 April.

Terdapat sedikit kelainan dari segi reka bentuk dan penawaran fungsi antara model-model MateBook 2021 ini. Tetapi, kesemuanya mempunyai RAM sebanyak 16GB dan SSD 512GB.

Bagi model MateBook X Pro, MateBook 14, dan MateBook D 15 11th Edition, laptop ini dilengkapkan dengan pemprosesan Intel Core i5-1135G7.

Huawei Matebook X
Huawei Matebook X

Model-model laptop ini juga menggunakan grafik bersepadu Intel Iris Xe Graphics, berbanding NVIDIA GeForce MX Series pada siri terdahulu.

Seterusnya, bagi MateBook D 15 10th Edition dan MateBook D 14, laptop ini menggunakan pemprosesan Intel Core i5-10210U. Kedua-dua model ini menggunakan grafik bersepadu Intel UHD Graphics 620.

Huawei Matebook D
Huawei Matebook D 14 dan D 15

Untuk harganya pula, MateBook X Pro ditawarkan pada RM 6,899 manakala MateBook 14 pula pada RM 4,899. Bagi MateBook D 15 11th Edition dan 10th Edition pula, harganya masing-masing RM 3,899 dan RM 3,299. Akhir sekali, MateBook D 14 boleh didapati pada harga RM 3,499.

1,500 pelanggan pertama akan menikmati langganan 1-tahun percuma Microsoft 365 bersama-sama pakej City Travel Gift dan Huawei Backpack Swift. Turut ditawarkan tetikus Huawei Bluetooth Mouse Swift bagi anda yang memilih model MateBook 14 and MateBook X Pro.

Maklumat lanjut, layari Huawei Malaysia.

Tinggalkan komentar