Menjelang Hari Kebangsaan yang bakal tiba, Maxis telah mengumumkan tawaran data tambahan 62GB kepada pengguna prabayar Hotlink. Tawaran ini boleh didapati menerusi Jualan HotlinkMU GIGA.

Lebih kurang sama seperti jualan ketika perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, pengguna hanya perlu membeli mana-mana pas internet untuk mendapatkan tawaran data tambahan ini. Ia boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi Hotlink Red dan ditandakan dengan label ‘GIGA Sale’.

Tawaran data tambahan 62GB ini mempunyai tempoh sah yang sama dengan mana-mana pas internet yang dibeli oleh pengguna. Maxis turut memaklumkan tiada sebarang sekatan cara penggunaan data berkenaan dikenakan. Justeru, data tersebut boleh digunakan untuk apa jua aktiviti dalam talian termasuk penstriman video, dan juga untuk bermain permainan.

Jualan HotlinkMU GIGA telah pun bermula dan berlangsung sehingga 25 September. Layari laman web rasmi Hotlink untuk keterangan lanjut.

Tinggalkan komentar