HONOR kini membuka tirai pameran galeri fotografinya di Fahrenheit88, Bukit Bintang, mengajak orang ramai menyelami kekayaan budaya Malaysia menerusi lensa telefon pintar.
Pameran yang berlangsung bersempena dengan Pameran Seni dan Kebudayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 ini diadakan bermula 27 hingga 31 Disember 2025, menampilkan koleksi visual yang meraikan warisan negara, hidangan tempatan, mercu tanda ikonik serta hidupan liar.
Pameran Eksklusif Menerusi Lensa HONOR Magic8 Pro
Pameran ini mempersembahkan siri foto menawan yang dirakam sepenuhnya menggunakan peranti HONOR Magic8 Pro. Setiap karya memaparkan perspektif artistik unik jurugambar yang terlibat, sekaligus menonjolkan keupayaan sistem kamera mercu peranti tersebut.
HONOR menekankan bahawa teknologi AI generasi seterusnya yang melengkapi peranti ini mampu mengubah fotografi telefon pintar menjadi medium penceritaan yang menarik, menghidupkan warna dan semangat Malaysia dengan perincian yang memukau.
Antara spesifikasi utama kamera HONOR Magic8 Pro yang ditonjolkan termasuk:
- Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP: Menawarkan kejelasan, kestabilan, dan kawalan kreatif yang luar biasa.
- Teknologi AI Termaju: Memperkasa mod potret dan prestasi pencahayaan rendah untuk hasil imej yang lebih tajam dan jelas.
Pengalaman Interaktif Busana Tradisional
Selain menikmati pameran foto, para pengunjung turut berpeluang mencuba pelbagai busana tradisional Malaysia termasuk pakaian kaum Cina, Nyonya, Melayu, dan India.
Menerusi sesi interaktif ini, orang ramai boleh merakam detik istimewa mereka menggunakan HONOR Magic8 Pro, sekaligus menguji sendiri kehebatan mod potret dan kejernihan imej peranti tersebut dalam pelbagai situasi pencahayaan.
Sambutan Ambang Tahun Baru
Sebagai penutup tirai pameran pada 31 Disember 2025, orang ramai dijemput memeriahkan Festival Ambang Tahun Baru Tahun Melawat Malaysia 2026.
Acara sambutan ini akan berlangsung di perkarangan Pavilion Kuala Lumpur bermula jam 7:00 malam hingga 12:30 tengah malam bagi menyambut kedatangan tahun baru.













