Jika anda sedang mempertimbang untuk memiliki HONOR Magic8 Pro, inilah masa paling sesuai untuk menjadikannya milik anda. Kini, varian RAM 16GB dengan storan 1TB boleh didapati menerusi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi dan Yes!.

Peranti flagship ini boleh dimiliki dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM10 sahaja. Rangkaian pelan pascabayar ini direka bagi memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki telefon pintar berkuasa dengan Pengimejan Flagship Bertaraf Master.

Dapatkan HONOR Magic8 Pro daripada RM70 sebulan dengan CelcomDigi!

HONOR Magic8 Pro kini hanya RM70 sebulan dengan RM0 bayaran pendahuluan dan faedah 0% di Easy360. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

Amat mudah untuk memiliki HONOR Magic8 Pro daripada RM75 sebulan dengan Maxis

Hanya daripada RM75 sebulan, dapatkan HONOR Magic8 Pro dengan pelan kontrak 36 bulan Maxis Postpaid. Maklumat lanjut mengenai tawaran hebat ini boleh dilihat di laman sesawang rasmi Maxis.

HONOR Magic8 Pro milik anda pada RM89 sebulan dengan U Mobile

Pengguna U Mobile kini boleh memiliki HONOR Magic8 Pro pada hanya RM89 sebulan apabila mereka melanggan pelan U Family atau U Postpaid! Nikmati Data 5G sehingga 1,000GB dan PERCUMA Perayauan Global di lebih 60 destinasi. Layari laman sesawang rasmi U Mobile untuk maklumat lanjut. 

Miliki HONOR Magic8 Pro dengan UNI5G Postpaid

Dengan Unifi EzOwn, anda boleh memiliki HONOR Magic8 Pro dengan mudah pada hanya RM102 sebulan, mulai 18 December 2025. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi Unifi.

Hanya daripada RM10 untuk menjadikan HONOR Magic8 Pro milik anda bersama Yes!

Lebih menarik, HONOR Magic8 Pro boleh menjadi milik anda pada hanya daripada RM10 sebulan dengan data dan kelajuan 5G tanpa had bersama Yes 5G! Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi Yes! untuk pelan hebat ini.

Alami 5 ciri flagship untuk pengalaman penuh ‘keajaiban’

HONOR Magic8 Pro hadir dengan lima kelebihan utama yang direka untuk menyelesaikan pelbagai masalah pengguna yang terdapat pada iPhone. Kelebihan utama bertumpu kepada Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP yang dibangunkan untuk memberikan kejelasan imej yang tinggi dan ketepatan warna yang kaya, walaupun dalam keadaan pencahayaan malap. Peranti ini dikuasakan oleh bateri karbon silikon 7,100mAh dengan pengecasan pantas berwayar 100W, membolehkan penggunaan yang lebih panjang.

Selain itu, HONOR Magic8 Pro juga menawarkan ketahanan mengagumkan. Skrinnya dilindungi perisai kaca NanoCrystal Shield dan menerima Pensijilan Ujian Jatuhan Lima Bintang SGS dalam pelbagai keadaan. HONOR Magic8 Pro turut memperoleh penarafan IP69K, IP68 dan IP69, menjadikannya kalis air, habuk dan tekanan tinggi. Perlindungan menyeluruh ini diperkukuh dengan sokongan jaminan premium agar pengguna dapat menikmati kos penyelenggaraan yang rendah dan ketenangan sepanjang penggunaan.

HONOR Magic8 Pro beroperasi dengan cip paling berkuasa pada tahun ini, iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 Mobile Platform. Ia memberikan kelajuan dan kestabilan yang luar biasa, mengendalikan multitugas dan tugasan yang berat dengan segera.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/

Tinggalkan komentar