Pengeluar-pengeluar telefon pintar China, Huawei, HONOR, OPPO dan Vivo secara bersama telah mengumumkan penggunaan Piawaian Pengecasan Pantas Sejagat (Universal Fast Charging Standard, UFCS) 2.0.
Ia diumumkan bersempena Persidangan Pembanguna Industri UFCS pada 22 Mei lalu di Shenzhen bagi menyeragamkan teknologi pengecasan mudah alih.
Pada asalnya protokol UFCS diperkenalkan pada 2021 oleh Huawei, OPPO, Vivo dan Xiaomi sebagai usaha untuk menyeragamkan piawaian pengecasan pantas di antara pengeluar. Tujuan utamanya adalah bagi mewujudkan kerangka kerja bersepadu yang mempertingkatkan ketersesuaian rentas pengeluar dan mempermudahkan pengalaman pengecasan untuk pengguna.
UFCS generasi kedua ini membawakan sejumlah penambahbaikan besar berbanding versi asalnya. Salah satu daripadanya sokongan untuk pengecasan 40W yang belum disahkan. Ini bermakna, telefon pintar kini boleh mengecas pada kelajuan lebih tinggi tanpa pengesahan jenama secara spesifik di antara pengecas dan kabel. Langkah ini juga menggalakkan saling-kebolehoperasian yang lebih meluas.
Selain itu turut ditambah sokongan pengecasan berbalik bagi membenarkan pengguna untuk mengecaskan peranti-peranti lain tanpa mengira apa jua jenis jenama. Ia seterusnya menyediakan lebih fleksibiliti untuk pengguna yang boleh menggunakan sebilangan peranti dari pelbagai pengeluar.
UFS 2.0 juga memperkenalkan PowerChange yang membolehkan pelarasan kuasa dalam masa nyata melalui pengecas berdasarkan peranti yang bersambungan, komponen mandatori. Ini bagi memastikan pengecas-pengecas secara automatik mengesan keperluan peranti dan melaraskan output kuasa yang bersesuaian supaya meningkatkan kecekapan pengecasan dan keselamatan pengguna terutamanya apabila menggunakan aksesori pihak ketiga.
Kerjasama antara keempat-empat pengeluar utama ini menandakan perubahan besar di dalam persekitaran pengecasan pantas. Sehingga hari ini, setiap pengeluar mempromosikan penyelesaian proprietari masing-masing yang membawakan kepada kurang keserasian antara pengeluar.
Tidak dapat dipastikan sama ada piawaian UFCS 2.0 akan diperkenalkan ke pasaran selain dari China kelak masih lagi belum diketahui setakat ini.













