Tidak sampai 24 jam selepas pelancaran secara rasmi HONOR 20 dan HONOR 20 Pro di London, HONOR Malaysia telah melancarkan HONOR 20 secara rasminya untuk pasaran Malaysia.
Walaupun tidak menawarkan versi Pro, HONOR 20 masih menampilkan ciri yang hampir sama dengan ‘abang long’nya. Untuk spesifikasinya, telefon pintar ini menempatkan cipset Kirin 980 SoC berprestasi tinggi keluaran Huawei, RAM 6GB RAM, dan paparan berlubang kamera HD+ Penuh 6.26-inci. Lubang kamera berkenaan menempatkan kamera depan 32MP; sama seperti yang disediakan pada HONOR 20 Pro.
Dari segi storan, HONOR 20 dilengkapkan dengan storan 128GB, tetapi tiada slot kad microSD disediakan untuk mengembangkan storan. Tidak ketinggalan, bateri untuk menjanakan keseluruhan operasi telefon pintar adalah cukup besar dengan kapasiti 3750mA.
Sudah tentu, tarikan utama HONOR 20 adalah tidak lain tidak bukan, quad-kameranya yang ditempat di bahagian belakang. Kamera ini terdiri daripada penderia utama 48MP (Sony IMX586), lensa ultra lebar 16MP dan lensa makro 2MP yang turut disediakan pada HONOR 20 PRO.
HONOR 20 ditawarkan pada harga pasaran RM1,699. Namun, sehingga setakat ini masih belum diumumkan bilakah ianya akan mula dijual di pasaran.. Pra-pesanan untuk telefon pintar ini bermula dari 24 Mei hingga 28 Mei.
Pihak HONOR turut isu logistik berkenaan penghantaran telefon pintar ini. Tetapi tidak menjelaskan sama ada sebab sebenarnya mungkin dikaitkan dengan pengharaman yang dikenakan oleh pentadbiran Trump.
Setiap pembelian HONOR 20 akan diberikan hadiah percuma bernilai RM500. Tawaran terhad ini tertakluk dengan terma dan syarat.













