Telefon pintar keluaran sub-jenama Xiaomi, Redmi 7 akan mula dipasarkan ke Malaysia 27 Mac 2019 ini dengan harga bermula dari RM499.
Selain dari memperkenalkan Redmi Note 7, sebuah lagi telefon pintar keluaran sub-jenama Xiaomi, Redmi 7 turut diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.
Hadir dengan paparan bertakuk 6.26-inci HD+, telefon pintar ini dilengkapkan dengan pemprosesan oleh cipset Snapdragon 632. Berbeza dengan versinya pada Redmi 6 dahulu, untuk kali ini telefon pintar ini menawarkan sistem dwi-kamera untuk kamera utamanya iaitu 12MP +2MP. Manakala kamera swafotonya pula, ia menawarkan kamera 8MP.
Redmi 7 akan mula dipasarkan ke Malaysia pada 27 Mac 2019 nanti. Berikut adalah harga yang ditawarkan mengikut pilihan konfigurasi memori dan storannya:
- 3GB RAM / 32GB ROM = RM599
- 2GB RAM / 16GB ROM = RM499













