Utama Mobile Android Harga Huawei Mate 20 dan Nova 3i diturunkan, kini dari RM999

Harga Huawei Mate 20 dan Nova 3i diturunkan, kini dari RM999

1442
0

Saban tahun, pelbagai model-model telefon pintar baru diperkenalkan oleh pengeluar-pengeluar dan ini menjadikan telefon-telefon pintar model yang terdahulu mengalami penurunan harga. Huawei Mate 20 dan Nova 3i merupakan sebahagian dari telefon pintar model terdahulu yang mengalami penurunan harga.

Berdasarkan spesifikasinya, Mate 20 menawarkan kuasa pemprosesan chipset Kirin 980 bersama-sama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ianya juga hadir dengan paparan IPS HD+ Penuh 6.53-inci dengan tetapan kamera tiga lensa yang dibangunkan bersama-sama Leica – sebuah lensa 12MP bersudut luas f/1.8, lensa bersudut ultra-luas 16MP f/2.2 dan lensa telefoto 8MP f/2.4.

Pada bahagian hadapannya pula Mate 20, menawarkan lensa swa-foto 24MP f/2.0. Tidak ketinggalan, bateri yang digunakan oleh telefon pintar ini berkapasiti 4,000 mAh. Pada asalnya, Mate 20 boleh didapati dengan harga RM2,799 sewaktu pelancarannya Oktober tahun lalu. Kini, harga terbarunya adalah RM2,399.

Untuk Nova 3i pula, telefon pintar peringkat pertengahan ini dilengkapi dengan chipset Kirin 710 bersama-sama paparan 6.3-inci Full HD+, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Didatangkan dengan bateri berkapasiti 3340 mAh, kamera utama telefon pintar ini menawarkan tetapan dwi-lensa berpenderia 16MP dan 2MP. Untuk kamera swafotonya pula, ia menawarkan tetapan dwi-lensa dengan penderia 24MP dan 2MP. Harga yang ditawarkan untuk telefon pintar berkenaan kini turun kepada RM999 berbanding RM1,249 sewaktu pelancarannya Julai tahun lepas.

Sumber berita diperoleh dari Huawei Malaysia – 1,2

 

Tinggalkan komentar