Pengeluar hard disk mekanikal seperti Western Digital, Seagate dan Toshiba merupakan di antara pengeluar popular yang menghasilkan hard disk berkapasiti besar. Dari segi prestasi, hard disk mekanikal lebih cenderung untuk rosak jika dibandingkan dengan hard disk SSD.

Bagaimanapun, hard disk jenama Western Digital yang popular dikalangan pengguna komputer adalah hard disk yang paling mudah rosak menurut satu kajian yang dijalankan oleh BackBlaze, syarikat penyedia storan awanan.

Hasil kajian berkenaan yang dilakukan terhadap pusat-pusat data sepanjang tempoh 12 bulan mendapati hard disk keluaran Western Digital lebih cenderung mengalami kerosakan berbanding hard disk jenama lain. Statistik dari kajian ini amat penting bagi pengguna kerana hard disk yang digunakan oleh pusat-pusat data berkenaan merupakan hard disk biasa yang mudah didapati di pasaran dan bukannya khusus mengikut piawaian gred industri.

Analisa dari BackBlaze merangkumi 56,224 HDD pelbagai kapasiti antara 1TB hingga 8 TB yang disusun mengikut 1,249 pod storan dari empat jenis jenama pengeluar, HGST (dahulu dikenali sebagai Hitachi Global Storage Technologies), Seagate, Toshiba dan Western Digital. Turut diambil kira dalam kajian berkenaan adalah, kegagalan hard disk berkenaan bergantung juga dengan model, tarikh pengeluaran dan kapasitinya.Western Digital Failed

Berdasarkan graf yang disediakan, Western Digital mencatatkan kadar kegagalan tahunan mencecah hampir 7 peratus. Diikuti dengan hard disk keluaran jenama lain yang mencecah sekitar 4 peratus kegagalan tahunan. Hard disk HGST didapati paling tahan lasak dengan mencatatkan sekitar 1 peratus sahaja kadar kegagalan tahunan.

Bagi memastikan hard disk tahan lebih lama jangka hayatnya, pengguna perlu memastikan hard disk dioperasikan dalam suhu yang optimum dengan memastikan aliran udara yang baik di dalam kerangka komputer disamping kerap melakukan penyelenggara supaya dapat mengurangkan risiko kerosakan yang tidak sepatutnya.

-Sumber berita diperoleh dari BackBlaze

Tinggalkan komentar