Haji

Pelaksanaan ibadah haji ni, kalau boleh, aku nak buat pada usia yang muda macam sekarang. Nak tunggu tua, aku pun tak tau umur aku ni panjang mana. Tapi, tak pasti sama ada impian aku nak menunaikan haji dalam waktu terdekat ni boleh tercapai atau tidak.

Lima syarat wajib untuk kita menunaikan ibadah haji dan umrah menurut kitab Fiqh Imam Syafie adalah;

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Merdeka
  5. Berkuasa

Poin nombor 5 iaitu berkuasa, menurut takrifan para ulama adalah mereka yang mempunyai perbelanjaan untuk diri sendiri, sihat tubuh badan, berkesempatan masa dan sebagainya.

Haji Usia Tua

Kebiasaan di Malaysia, ramai orang memilih untuk melaksanakan ibadah haji pada usia tua. Di kala tubuh sudah pun dihinggapi pelbagai jenis penyakit dan terpaksa menelan bermacam jenis pil dan ubat, tentu sahaja dibimbangi bakal mengganggu perjalanan ibadah kita. Memang kita berdoa agar dijauhkan segala kesakitan dan kesukaran sewaktu menjalankan ibadah haji. Namun, tentu ramai yang mempunyai alasan kukuh mengapa memilih di usia yang lanjut untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.

Faktor utama dan menjadi kebiasaan masyarakat kita adalah kekangan kewangan.

Dari segi kewangan, aku sendiri pun memang tak mampu lagi. Dari segi tenaga, tentu aku masih mampu lagi. Main futsal ada fitness, takkan nak tunaikan ibadah haji takda fitness pulak kan. Tapi, tang duit tu la. Entah bila la dapat nak cukupkannya.

Syarat yang diletakkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk tahun 2014, selain dari pendaftaran haji melalui Tabung Haji, bakal jemaah haji perlu mempunyai deposit di dalam Tabung Haji sekurang-kurangnya RM1,300. Nilai ini, mungkin boleh dicapai dengan komitmen yang kuat dari bakal jemaah haji yang berkehendak.

Lagipun, jemaah haji Muassassah yang pertama kali menunaikan haji hanya perlu membayar RM9,980 sahaja daripada keseluruhan RM16,155 dimana RM9,980 lagi ditanggung oleh kerajaan apabila membuat melalui Tabung Haji. Manakala bagi yang sudah pernah menunaikan ibadah haji dan ingin melakukannya buat kali kedua perlu membayar kos keseluruhan RM16,155.

Nak kumpul tu, insyaAllah dengan berkat kesabaran kita, mungkin kita akan mendapatkannya. Namun, memandangkan kuota jemaah haji yang terhad diberikan oleh kerajaan Arab Saudi, mungkin pada usia 60 tahun pun aku belum pasti dapat menunaikannya.

Sekadar mampu menanti dan mengharap aje la.

12 KOMEN

  1. kan?/kalau ikut tabung haji memang lambat sampai giliran kita.tapi siapa tahu..mungkin rezeki kita,kita dapat awal,dapat pergi di usia sebelum masuk 60..oRang sekarang usia 60 masih kuat lagi..:)

  2. In sya allah, kami doakan ya SY. Pergilah di usia muda bila berkemampuan, takut
    usia kita tak sempat ‘ ke tua ‘ dah out pulak. Moga SY panjang umur, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang berkecukupan dan dimudahkan panggilan untuk menjadi tetamu Allah.

Tinggalkan komentar