Perkhidmatan dompet digital yang dipautkan dengan peranti Android, Google Wallet kini menambah sokongan baharu untuk kad kredit Bank Muamalat. Penambahan ini merupakan yang terkini daripada bank-bank sedia ada antaranya, AmBank, CIMB, Hong Leong Bank HSBC, Public Bank, Standard Chartered dan Wise.

Kad-kad Bank Muamalat yang boleh dipautkan dengan Google Wallet termasuklah:

  • BMMB Visa Platinum-i
  • BMBB Visa Infinite-i
  • Pos Malaysia Visa Platinum-i
  • Pos Malaysia Visa Infinite-i

Penggunaan perkhidmatan dompet digital ini membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan menyentuhkan telefon pintar Android yang mempunyai sokongan NFC pada terminal pembayaran. Peranti yang digunakan juga perlu sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi Android 5.0 dan ke atas.

Tinggalkan komentar