Google telah menetapkan tarikh akhir bagi menamatkan penggunaan Flash pada iklan-iklannya dan hanya akan menerima iklan-iklan yang dibina menggunakan HTML5, iaitu versi terkini bahasa yang digunakan untuk pembinaan laman sesawang.
Bermula 30 Jun ini, Google tidak akan menerima lagi sebarang bentuk permohonan pengiklanan baru yang berasaskan Flash pada AdWords dan DoubleClick Digital Marketing. Display Network atau DoubleClick tidak akan membenarkan bermula 2 Januari 2017.
Flash, sebuah perisian multimedia kepunyaan Adobe System sering kali dikritik kerana kekerapan kerentanan keselamatannya. Ia merupakan diantara aplikasi yang sering menjadi sasaran penggodam kerana ia dipasang pada jutaan komputer di seluruh pelosok dunia. Kerentanan yang tidak dibaiki membolehkan penggodam memasang perisian-perisian hasad (malicious) pada komputer hanya dengan cara mangsa berkenaan melihat iklan hasad berkenaan.
Penggodam juga menggunakan tipu muslihat dengan menipu pengguna bahawa perisian berkaitan perlu dikemaskini dan seterusnya pengguna yang tertipu secara tidak sengaja akan memuat turun perisian-perisian yang merbahaya.
Pengasas Apple, mendiang Steve Jobs merupakan antara yang terawal mengkritik Flash dan mengharamkan penggunaannya pada produk iPhone.
Tahun lalu, Ketua Pegawai Keselamatan Facebook menyeru kepada Adobe agar menamatkan terus perkhidmatan Flash. Ia disusuli pada September tahun lalu apabila Google menghalang kandungan-kandungan perisian malang dari Adobe ini dari dimainkan secara automatik pada laman-laman web.
Adobe sedia maklum bahawa HTML5 adalah masa depan pembinaan kandungan laman-laman web dan pada Disember tahun lalu Adobe menyatakan sedang membangunkan perisian Animate CC, khusus untuk membina kandungan berasaskan HTML5. Perisian ini juga dikhabarkan turut mampu untuk membangunkan kandungan-kandungan Flash.
Sumber berita diperoleh dari The Verge













Owh.. ingat kenapa. Betul juga tu. Lagipun flash kalau kat mobile, tak banyak yang support.
ditolak kerana ada isu keselamatan rupanya…