Utama Google Google mula sediakan Integrasi Gemini dengan Pelayar Web Chrome

Google mula sediakan Integrasi Gemini dengan Pelayar Web Chrome

81
0

Google melancarkan integrasi AI Gemini ke dalam pelayar Chrome, menjadikan pengalaman melayari web lebih mudah dan selamat dengan bantuan kecerdasan buatan generatif.

Langkah ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan pemahaman pengguna terhadap maklumat kompleks, malah turut memberi perlindungan tambahan daripada penipuan siber.

Ciri Utama Gemini Dalam Chrome

  • Gemini aktif melalui ikon khas di penjuru atas pelayar. Ia membolehkan pengguna meminta AI menganalisis, meringkas dan menerangkan isi laman web atau maklumat dari pelbagai tab sekaligus.
  • Integrasi AI Mode di bar carian (Omnibox). Ciri ini membolehkan soalan yang lebih rumit ditanya terus di address bar, termasuk soalan lanjutan dan carian kontekstual.
  • Integrasi bersama aplikasi Google seperti Calendar, Maps dan YouTube. Pengguna boleh, sebagai contoh, meminta Gemini untuk meneliti ulasan restoran di YouTube dan dapatkan terus arahan ke lokasi tersebut di Google Maps.
  • Bantu cari dan recall laman yang pernah dilawati: Gemini boleh membantu mencari tab atau laman web yang telah dibuka minggu lepas tanpa perlu menyemak sejarah pelayaran secara manual.

Dalam beberapa bulan akan datang, Gemini dijangka menerima ciri baharu agentik yang membolehkan ia melakukan tugasan automasi pelbagai langka. Antaranya menempah temu janji atau pembelian dalam talian, dengan pengguna boleh mengawal setiap langkah sebelum transaksi selesai.

Ia juga boleh meringkaskan maklumat merentasi berbilang tab yang amat sesuai untuk membandingkan harga hotel, membuat jadual pelancongan atau menganalisis dokumen. Halaman web yang sedang dibaca juga boleh dijawabkan soalan dan memberi konteks tambahan tentangnya dengan cadangan automatik dari Chrome.

Penggunaan AI Gemini Nano boleh mengesan dan menghalang scam. Pemberitahuan spam juga akan diberikan dengan meminta izin untuk memaparkan laman dinilai berpotensi mempunyai risiko secara automatik. Ciri “1-klik tukar kata laluan” pada laman terpilih pula membolehkan pengguna menukar kata laluan yang terdedah kepada risiko dengan satu klik sahaja.

Buat masa ini Gemini dalam Chrome tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja bagi versi desktop Mac dan Windows. Dalam pada masa yang sama, Google telah mengesahkan pelancaran global akan datang secara berperingkat, termasuk Malaysia. Ciri ini juga akan menyusul ke pengguna Google Workspace untuk perniagaan serta Chrome versi mudah alih tidak lama lagi.

Tinggalkan komentar