Dunia pada ketika ini sedang mengalami krisis perubatan yang tidak pernah terjadi sejak lebih kurang 100 tahun lalu. Wabak COVID-19 terus-menerus tersebar ke seluruh dunia dan telah menyebabkan kehilangan nyawa.
Bagi menggalakkan lebih ramai di kalangan kita untuk terus duduk di rumah, Google telah menggantikan halaman utamanya dengan Doodle yang memberikan tips pencegahan COVID-19. Antara nasihat yang telah diberikan adalah “Stay Home. Save Lives.”
Melalui Doodle berkenaan, Google mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan ketika di rumah. Antaranya membaca novel, bermain alat muzik, bersenam, atau berhubung atau berborak dengan insan tersayang.
Jika anda klik pada Doodle tersebut, anda akan dibawakan ke halaman yang menyediakan lebih banyak tips pencegahan dan perlindungan COVID-19. Tips-tips berkenaan datangnya dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), disamping pautan ke pihak berkuasa kesihatan negara seperti ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengguna dari negara kita.
Nasihat yang paling kera diulang oleh Google adalah tolong duduk diam di rumah. Bagi anda yang ingin mendapatkan barangan keperluan harian, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menjaga jarak sosial dengan berada pada jarak sekurang-kurang 2 meter atau lebih.
Selain itu, anda juga perlu kerap membasuh tangan dengan teknik yang betul untuk tempoh sekurang-kurangna 40 saat. Google turut menyediakan poster boleh cetak berkenaan cara membasuh tangan yang betul pada Doodle minggu lepas.













