Google sebelum ini pada hujung minggu lepas telah mengumumkan penawaran AI Mode in Search ke lebih banyak negara termasuk Malaysia dan kini ciri tersebut telah pun tersedia.

AI Mode in Search menggunakan Google Gemini 2.5 versi tersuai yang membolehkan kuiri carian anda lebih panjang dan lebih kompleks. Penggunaannya mirip memasukkan pertanyaan di dalam aplikasi Gemini dan anda boleh membuat soalan-soalan susulan mengikut konteks seperti kelaziman menggunakan chatbot.

Ia juga dihasilkan sebagai multimod yang mana anda boleh bertanyakan menggunakan suara atau menaipkannya. Anda juga boleh menggunakan carian berdasarkan imej melalui pilihan Google Lens. Ikon mikrofon dan ikon Google Lens juga disediakan di dalam AI Mode in Search, sama seperti carian biasa.

Ketersediaan fungsi sokongan ini ditawarkan kepada semua pengguna secara berperingkat dalam minggu ini. Maklumat lanjut, layari google.com/aimode.

Tinggalkan komentar