Infrastruktur siber dan keselamatan yang digunakan untuk pemberian BUDI95 selamat dari ancaman siber, menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo. Menurut beliau, kerajaan telah mengkaji setiap aspek keselamatan sistem serta mengambil kira pelbagai potensi risiko.
“Perdana Menteri sering mengutamakan soal keselamatan dalam segala aspek pendigitial dan BUDI95 turut tidak terkecuali. Keselamatan diberikan perhatian khusus dan sistem sedia ada telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” Gobind memberitahu pemberita ketika sidang media di acara CyberDSA 2025 tadi.
“Apa yang kami laksanakan merupakan sebuah sistem yang telah bersedia terhadap kemungkinan tersebut. Ia selamat untuk digunakan pada ketika ini dan aspek ini telah pun dikaji dengan teliti,”
Bermula semalam, warganegara Malaysia yang layak di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh mendapatkan petrol bersubsidi pada harga RM1.99 seliter. Setiap individu dihadkan kuota penggunaan pada 300 liter setiap bulan dan pengecualian bagi individu seperti pemandu e-hailing perlu membuat permohonan.