Utama Perkakasan Gigabyte Gigabyte dedahkan papan induk B250M-Gaming 5, sokong cip Intel terkini

Gigabyte dedahkan papan induk B250M-Gaming 5, sokong cip Intel terkini

1094
0

Gigabyte melancarkan papan induk model terbaru khusus untuk cip pemprosesan Intel terkini, GA-B250M-Gaming 5. Papan induk ini biasa-biasa sahaja dan tidak menawarkan spesifikasi yang sangat tinggi sesuai dengan julat harga yang ditawarkannya.

Berasaskan cipset Intel B250 Express, papan induk Gigabyte B250M-Gaming 5 ini tidak menyokong overclocking dan juga teknologi Nvidia SLI. Namun begitu, papan induk ini menyokong fungsi unik kad grafik AMD, CrossFire (2-Hala).

Sungguhpun papan induk ini boleh dikategorikan sebagai papan induk bajet, ia masih lagi mampu menawarkan empat slot DIMM DDR4 yang ‘diperkukuhkan. Sesuai untuk menempatkan RAM-RAM yang agak berat jisimnya. Selain itu, dari rupa bentuk luarannya ia ‘sangat meriah’ dengan lampu-lampu LED menghiasi bahagian sinki haba dan bahagian komponen audio.

Turut ditawarkan, slot pengembangannya yang mengandungi satu slot PCIe x4 yang diapit dengan dua slot  PCIe 3.0 x16 di kiri dan kanannya. Ia juga dilengkapi dengan enam labuhan SATA 6Gbps dan satu slot M.2 32Gbps. Tidak ketinggalan, B250M-Gaming 5 turut menampilkan enam labuhan USB 3.1 berserta lima labuhan USB 2.0/1.1.

Spesifikasi Gigabyte B250M-Gaming 5

  • Menyokong Pemprosesan Intel Core Generasi ke-7 dan Ke-6
  • Dual Channel Non-ECC Unbuffered DDR4, 4 DIMMs
  • 2- Way Graphics Support with Dual Armor and Ultra Durable™ Design
  • ALC1220 120dB SNR HD Audio with Smart Headphone Amp
  • RGB FUSION LED Light Show design
  • Swappable Overlay for Accent LED
  • USB DAC-UP 2 with Adjustable Voltage
  • Intel® GbE LAN with cFosSpeed Internet Accelerator Software
  • Ultra-Fast M.2 with PCIe Gen3 x4 & SATA interface
  • Intel® Optane™ Memory Ready
  • Smart Fan 5 features Multiple Temperature Sensors and Hybrid Fan Headers
  • GIGABYTE UEFI DualBIOS™
  • APP Center Including Cloud Station™ Utility

Sumber berita diperoleh dari TechPowerUp

Tinggalkan komentar