Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan, sebahagian pengguna sudah pun mula melakukan pembelian panik. Beberapa produk makanan seperti roti telah habis licin disapu.
Gardenia, antara jenama pengeluar roti popular di Malaysia dilaporkan tidak mampu menampung permintaan mendadak pengguna terhadap roti sepanjang tempoh PKP ini.
Dalam satu kenyataan balas di dalam laman Facebook rasminya, Gardenia Bakeries KL yang bertanggungjawab bagi pengeluaran roti di Semenanjung Malaysia telah memaklumkan pihaknya tidak dapat mempertingkatkan jumlah pengeluaran buat masa ini kerana telah mencapai tahap maksima.
Gardenia Bakeries KL turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada para penggunanya yang prihatin memaklumkan ketiadaan bekalan roti di lokasi masing-masing.













