Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah membuat keputusan untuk menambah gangguan permainan video atau “gaming disorder” ke dalam senarai penyakit yang diiktiraf. Kesemua 194 anggotanya sebulat suara mencapai persetujuan bersama ini di Perhimpunan Kesihatan Dunia kali ke-72.
WHO bersetuju untuk menggunapakai semakan kesebelas International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems, yang juga dikenali sebagai ICD-11. Semakan terkini ICD ini turut merangkumkan gangguan permainan yang menyebabkan ketagihan ini sebagai penyakit. Menurut ICD-11 WHO, berikut adalah definisi gangguan permainan:
“A pattern of persistent or recurrent gaming behavior (‘digital gaming’ or ‘video-gaming’), which may be online (i.e., over the internet) or offline, manifested by:
- Impaired control over gaming (e.g., onset, frequency, intensity, duration, termination, context);
- Increasing priority given to gaming to the extent that gaming takes precedence over other life interests and daily activities; and
- Continuation or escalation of gaming despite the occurrence of negative consequences. The behavior pattern is of sufficient severity to result in significant impairment in personal, family, social, educational, occupational or other important areas of functioning.”
Menurut Gameindustry.biz, WHO menjelaskan keputusan ini dibuat berdasarkan pandangan pakar dari pelbagai disiplin dan rantau serta didasarkan pada ulasan dari bukti-bukti yang tersedia.
Boleh menjadi punca kemurungan
Pada bulan Jun 2018, WHO telah memuktamadkan ICD-11 dan sebahagian pertubuhan industri permainan video, seperti ESA, menolak keputusan tersebut. Gameindustry.biz melaporkan ESA pada ketika itu berpendapat keputusan berkenaan “akan meremehkan hal kesihatan mental yang sebenar seperti kemurungan dan kecelaruan keresahan sosial.”
Hari ini, WHO telah mengumumkan bahawa ICD-11 akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2022.
Ketagihan permainan video telah lama menjadi masalah bagi sesetengah orang dan sering dibincangkan dan diperdebatkan di kalangan pegawai kesihatan, pemain permainan video, penyelidik dan ahli politik. Dr Douglas Gentile, Pakar Psikologi merangkap Ketua Bahagian Penyelidikan Media Universiti Iowa pernah menyatakan bermain permainan video mampu menyebabkan kemurungan jika tidak dikawal.
Pengklasifikasian dan pengiktirafan gangguan permainan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ini merupakan satu langkah ke hadapan menangani masalah “kecanduan permainan video” ini. Terkini, ahli-ahli Kongres AS mula merangka rang undang-undang untuk mengatasi masalah kotak tikam (loot box) di dalam permainan yang boleh menyebabkan ketagihan.
Sumber berita diperoleh dari Gameindustry.biz, Imej cover dari NCD Alliance













