Tidak sampai sebulan selepas gangguan rangkaian yang dialami oleh pengguna-pengguna perkhidmatannya di Utara Semenanjung, Celcom baru-baru ini dilaporkan sekali lagi mengalami gangguan rangkaian. Gangguan yang turut memberi kesan kepada pengguna-penggunanya di seluruh negara ini telah pun diselesaikan sekitar jam 10 pagi.

Menurut cicipan di akaun Twitter rasminya, pihak Celcom memaklumkan bahawa gangguan berkenaan disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf sedang yang dijalankan.

Sepanjang tempoh gangguan berkenaan berlaku, sesetengah pengguna perkhidmatan Mobile Virtual Network Operators (MVNO) Celcom seperti Yoodoo dilaporkan mengalami gangguan pada aplikasinya. Namun tiada sebarang masalah pada perkhidmatan panggilan dan SMS.

Bagi pengguna-pengguna yang masih lagi mengalami masalah pada rangkaian, Celcom menasihatkan supaya melakukan restart pada peranti masing-masing.

Jika pengguna masih lagi menghubungkan peranti ke rangkaian, Celcom memohon pengguna supaya menghubungi pihaknya secara direct message ke akaun rasmi Twitter dengan menyediakan butiran nama penuh, nombor telefon dan lokasi untuk khidmat bantuan.

 

Tinggalkan komentar