Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE sebelum ini yang pernah ditangguh dan kemudian dibatalkan, kini telah dijadualkan semula untuk dilancarkan pada Januari 2022.
Perkembangan terkini telefon pintar keluaran Samsung yang akan datang ini telah menyaksikan imej yang didakwa model telefon tersebut telah tersebar di Twitter.
Sekali imbas, paparan telefon berkenaan dilihat hampir serupa dengan Galaxy S20 FE dengan panel paparan AMOLED rata 6.4-inci. Pada sebelah hadapannya juga terdapat paparan berpenebuk lubang yang menempatkan kamera hadapannya.
SAMSUNG S21 FE 5G
It has plastics back
But it’s light weight
no headphone jack
120hz display
Awesome camera #Samsung #SamsungGalaxyS21FE @AmreliaRuhez pic.twitter.com/wtZk7lCFEt— Abhishek Soni (@Abhisheksoni130) November 12, 2021
Pada bahagian belakangnya pula kelihatan bonggolan yang menempatkan kamera-kameranya seperti yang kita pernah lihat pada siri Galaxy S21. Cuma bezanya untuk model tersebut, warna pada bonggol dan badan telefon pintar berkenaan adalah sama. Bahan yang diperbuat untuk badannya juga kelihatan seperti diperbuat daripada plastik.
Dijangkakan telefon ini akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh bersama-sama sokongan pengecasan nirwayar dan juga pengecasan nirwayar berbalik.
Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan hadir dengan cipset sama ada Qualcomm Snapdragon 888 atau Exynos 2100, bergantung pada di mana ia dipasarkan. Dikatakan, Samsung akan menawarkan pelbagai pilihan warna bagi Samsung Galaxy S21 FE iaitu White, Lavender, Cream, dan Black.













