Samsung Galaxy Z Fold 5 dikatakan mempunyai skrin terbaik di kalangan telefon pintar di pasaran pada ketika ini, menurut pendapat pakar di DxOMark. Markah yang dicatatkannya melepasi Google Pixel Fold dengan 1 mata dan Galaxy Z Flip 5 dengan 3 mata
Paparan telefon pintar boleh lipat andalan ini diberikan 152 mata oleh penulis artikel tersebut, berbanding 133 mata pada model sebelumnya. Satu peningkatan yang amat mendadak.
Tidak semua aspek pada telefon pintar boleh lipat Samsung ini lebih baik dari pesaing rapatnya. Sebagai contoh, ukuran kecerahan yang dicatatkan oleh Z Fold 5 sebanyak 1222 cd / m2 dikirakan lebih rendah berbanding Pixel Fold. Begitu juga dengan kontras pada skrinnya juga dicatatkan lebih rendah.
Namun, markah keseluruhan masih lagi didahului oleh Fold 5 dengan kelebihan 1 mata berbanding telefon keluaran Google berkenaan. Samsung Galaxy Z Fold 5 menawarkan skrin dalaman AMOLED 7.6-inci beresolusi 1812 x 2176 dan kadar penyegaran skrin 120Hz.