Galaxy S26 Pro dan Galaxy S26 Ultra didakwa akan hadir dengan ciri rekabentuk Samsung yang terkini melalui imej pengolokan berdasarkan maklumat yang tertiris di arena web. Sebelum ini imej yang menunjukkan acuan untuk unit dummy siri Galaxy S26 yang diikuti dengan imej pengolokan Galaxy S26 Edge telah tertiris.

Samsung memperbaharui barisan telefon pintar keluarannya tahun 2026. Dijangkakan tiada lagi model Plus dengan model Pro pula akan menggantikan standard yang dikatakan berketebalan 6.7mm. Skrinnya pula berukuran 6.27-inci, kadar penyegaran semula 120Hz dan bezel lebih nipis dari S25.

Galaxy S26 Ultra

Ia juga dijangka mempunyai RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Untuk fotografi, ia mungkin akan hadir dengan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP, dan telefoto 10MP. Dari segi kuasa, ia dilengkapkan dengan bateri 4,300mAh, dengan pengecasan berwayar 45W dan sokongan untuk pengecasan nirwayar Qi2 dengan magnet terbina dalam. Telefon pintar baharu Samsung ini juga dikatakan akan menggunakan pemprosesan sama ada Exynos 2600 atau Qualcomm Snapdragon 8 Elite generasi berikutnya.

Galaxy S26 Pro

Galaxy S26 Ultra pula didatangkan dengan bucu yang lebih sedikit membulat berbanding model sebelumnya dengan ukuran 163.4 x 77.9 x 7.8 mm. Ia menampilkan skrin 6.9-inci dengan kaca anti-pantulan generasi ketiga, RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Ia mempunyai kamera utama 200MP, kamera berperiskop 50MP dengan apertur lebih luas berbanding S25 Ultra, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera telefoto berjarak pendek 12MP baharu.

Model Ultra ini masih lagi mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh, namun kali ini ia menyokong pengecasan berwayar 60W. Ia juga hadir dengan pengecasan nirwayar bermagnet dan akan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Elite 2

Tinggalkan komentar