Bersama-sama kecerdasan buatan (AI) yang diperbaharui dan ditambah baik, Samsung secara rasminya telah melancarkan siri Galaxy S25. Seperti biasa, gergasi teknologi dari Korea Selatan ini memperkenalkan tiga buah model daripada siri ini yang terdiri Galaxy S25, Galaxy S25 Plus dan Galaxy S25 Ultra.

Model asas dan pertengahannya untuk kali ini menggunakan pemprosesan Qualcomm yang terkini dan paling berkuasa, Snapdragon 8 Elite for Galaxy. Dari segi rekaan, kedua-duanya menampilkan rekaan yang lebih membulat melalui ciri yang digelarkan oleh Samsung sebagai Essential Design.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mobile eXperience Business di Samsung Electronics, TM Roh, “Inovasi terhebat adalah cerminan pengguna, sebab itu kami mengembangkan Galaxy AI untuk membantu semua orang berinteraksi dengan peranti mereka secara lebih semula jadi dan mudah, sambil memastikan privasi mereka terjamin. Siri Galaxy S25 membuka pintu kepada OS berintegrasi AI yang mengubah cara kita menggunakan teknologi dan menjalani kehidupan.”

Paparan untuk kedua-dua model ini masih lagi Dynamic AMOLED 2X dengan kadaar penyegaran semula 120Hz. Apa yang membezakan di antara model asas dengan pertengahan untuk siri ini adalah pada ukuran dan resolusinya. Paparan model Gaalxy S25 berukuran 6.2-inci beresolusi FHD+, manakala model Galaxy S25 Plus pula mempunyai paparan 6.7-inci beresolusi QHD+.

Kedua-duanya juga mempunyai konfigurasi memori yang sama iaitu 12GB. Namun, untuk pilihan konfigurasi storan yang ditawarkan mempunyai sedikit perbezaan. Galaxy S25 ditawarkan dengan pilihan storan bermula dari 128GB, 256GB dan 512GB. Untuk Galaxy S25 Plus pula ia ditawarkan dengan pilihan sama ada 256GB atau 512GB. Baterinya pula untuk model yang kecil mempunyai kapasiti 4,000mAh, dengan model ‘abang’nya yang lebih besar berkapasiti 4,900mAh.

Penciptaan Profesional yang Lebih Mudah

Dari segi kamera, Galaxy S25 dan S25 Plus mempunyai modul tri-kamera yang terdiri daripada ultra-lebar 12MP, utama 50MP dan telefoto 10MP dengan zum optikal 3X. Di sebelah hadapan pula terdapat kamera swafoto 12MP.

Alat baharu seperti Audio Eraser memudahkan penyingkiran bunyi yang tidak diingini dalam video, manakala Virtual Aperture membolehkan kawalan kedalaman medan seperti DSLR pada telefon pintar berkenaan.

Harga Galaxy S25 dan Galaxy S25 Plus di Malaysia

Galaxy S25 dan S25 Plus kini tersedia untuk dipratempah bermula dari hari ini sehingga 13 Februari 2025. Harganya bermula dari RM3,999 untuk Galaxy S25 dengan konfigurasi storan 256GB, manakala konfigurasi storan 512GB pula dijual pada harga RM4,599.

Seterusnya untuk Galaxy S25 Plus pula, harganya adalah dari RM4,999 untuk konfigurasi storan 256GB, dan RM5,599 untuk konfigurasi storan 512GB.

Keempat-empat konfigurasi untuk model-model yang dijual di Malaysia ini didatangkan dengan pilihan warna Navy, Icyblue, Mint, dan Silver Shadow. Bagaimanapun, untuk anda yang membuat pra-pesanan secara dalam talian, anda berpeluang memilih warna eksklusif dalam talian di Samsung Malaysia yang terdiri daripada Blueblack, Coralred, dan Pinkgold.

Bersempena tempoh promosi pra-pesanan ini, anda yang membuat pembelian melalui kad bank CIMB berpeluang untuk menerima naik taraf storan dua kali ganda untuk model-model terpilih bersama-sama potongan harga sehingga RM400.

Model-model Storan Harga Jualan (RM) Warna yang tersedia
Galaxy S25 Ultra 1TB RM7,799
  • Titanium Silverblue
  • Titanium Gray
  • Titanium Whitesilver
  • Titanium Black

Online Exclusive:

  • Titanium Jadegreen
  • Titanium Pinkgold
  • Titanium Jetblack
Galaxy S25 Ultra 512GB RM6,599
Galaxy S25 Ultra 256GB RM5,999
Galaxy S25+ 512GB RM5,599
  • Navy
  • Icyblue
  • Mint
  • Silver Shadow

Online Exclusive:

  • Blueblack
  • Coralred
  • Pinkgold
Galaxy S25+ 256GB RM4,999
Galaxy S25 512GB RM4,599
Galaxy S25 256GB RM3,999

 

Tinggalkan komentar