Samsung telah menerbitkan kemaskini keselamatan Android October 2022 untuk siri Galaxy S21 dan S22 di beberapa pasaran baru-baru ini. Kini giliran Galaxy S21 FE pula menerima kemaskini keselamatan terkini ini.

Kemaskini ini hadir dalam bentuk versi firmware G990EXXU3CVI8 dan kini mula ditawarkan kepada pengguna-pengguna di Malaysia.

Untuk anda pengguna Galaxy S21 FE yang masih lagi belum menerima kemaskini ini boleh membuat semakan secara manual dengan pergi ke menu Settings > Software update di dalam telefon pintar anda.

@evleaks

Galaxy S21 FE (Fan Edition) telah dilancarkan oleh Samsung pada 4 Januari 2022 yang menampilkan pelbagai ciri dan rekaan baharu seperti dwi rakaman dan mod portret. Selain menawarkan pilihan warna baharu, Galaxy S21 FE turut menyediakan sokongan AI untuk meningkatkan prestasi kameranya.

Harga Samsung Galaxy S21 FE di Malaysia bermula dari RM2,899 untuk pilihan storan 128GB dan RM3,099 untuk pilihan storan 256GB. Kedua-dua konfigurasi storan ini mempunyai kapasiti RAM sebanyak 8GB dan boleh dibeli secara dalam talian di Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar