Samsung Malaysia bakal menamatkan segala aktiviti yang melibatkan peranti kontroversi lagi sensasinya – Galaxy Note 7 melalui sebuah kemaskini yang akan dihantarkan kepada pengguna peranti berkenaan, termasuk 8,000 unit peranti yang telah dipra-tempah pada jam 9.00 malam, 31 Disember 2016 nanti.
Sama dengan pemberitahuan sebelum ini yang melibatkan kemaskini yang megehadkan tahap maksima mengecas Galaxy Note 7, Samsung menghebahkan perkara ini kepada kesemua pengguna-pengguna Samsung yang lain melalui ‘push notifications’.
Samsung Malaysia turut menggesa para pengguna-pengguna Galaxy Note 7 supaya menyerahkan peranti berkenaan untuk mendapatkan penggantian sebelum ianya dimatikan melalui kemaskini tersebut.
Para pengguna Galaxy Note 7 juga berpeluang untuk mendapatkan Galaxy S7 Edge sebagai ganti jika tidak berminat untuk mendapatkan pemulangan dalam bentuk nilai wang. Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi talian khidmat bantuan Samsung Malaysia di 1-800-88-7799 untuk bantuan lanjut.
Sumber berita diperoleh dari Samsung Malaysia via Amanz













