Anda ingin menukar peranti anda kepada model terbaru untuk tahun baru yang akan datang? Terutama sekali kepada pengguna-pengguna Galaxy J, inilah masanya untuk naik taraf telefon pintar anda kepada model Galaxy A – barisan telefon pintar harga patut yang berprestasi tinggi.
Mari lihat telefon pintar Galaxy A yang penuh ciri-ciri hebat dan berharga tidak lebih dari RM999 untuk anda pilih:
Galaxy A32 – Terbaik untuk Hiburan
Jika anda suka menonton filem atau bermain permainan video, Samsung Galaxy A32 adalah untuk anda! Dengan Game Booster, anda boleh bermain permainan video dengan lebih lancar melalui antara muka khas dan menu yang mudah dicapai tanpa sebarang gangguan.
Selain dari paparan yang lancar, Game Booster juga mampu menganalisa corak penggunaan anda untuk mengoptimumkan bateri, suhu dan memori.
Untuk tontonan yang lebih hebat, paparan FHD+ Super AMOLED akan memberi anda butiran yang terang dan jelas tanpa mengira waktu.
Dengan adanya Eye Comfort Shield, ia juga dapat mengurangkan tekanan pada mata anda dan mengurangkan cahaya biru pada skrin. Harga runcit yang disyorkan bagi model ini ialah RM999.
Galaxy A22 – Kamera OIS Mampu Milik yang Terbaik
Galaxy A22 adalah pilihan utama – bagi mana-mana peminat fotografi – kamera quad memberikan anda fleksibiliti dan gambar berkualiti tinggi.
Kamera utama 48MP dengan OIS (penstabilan imej optik) membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan video dengan lancar walaupun dalam keadaan gelap kerana ia boleh menarik lebih banyak cahaya semasa anda mengambil gambar.
Dengan ini, imej dan video yang diambil lebih jelas and tidak kabur. Dengan kamera ultra lebar 8MP, anda dengan mudah dapat menambah perspektif ke dalam imej anda walaupun di ruang yang sempit.
Dan jika anda suka mengambil gambar butiran atau dari jarak dekat, kamera 2MP kedalaman dan 2MP makro tidak akan mengecewakan. Harga runcit yang disyorkan ialah RM899.
Galaxy A03s – Peranti Permulaan 4G Terbaik
Sekiranya anda sedang mencari telefon yang mudah untuk dipakai dan tetap berprestasi tinggi untuk kegunaan harian, kami syorkan Galaxy A03s.
Bukan sahaja telefon ini merupakan telefon 4G paling murah dari Samsung dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM559, tetapi telefon pintar ini juga didatangkan dengan bateri 5,000mAh, dikuasakan oleh pemproses Octa-core yang berkuasa dengan RAM 4GB dan juga storan dalaman sebanyak 64GB.
Paparan infiniti-V 6.5 inci peranti ini mampu memberikan anda visual cerah, terang dan jelas. Memandangkan rangkaian 3G akan ditamatkan di seluruh negara pada akhir tahun ini, dapatkan Galaxy A03s sekarang!
Bersempena dengan promosi 12.12, anda boleh membuat pembelian dari 12 Disember 2021 hingga 18 Disember 2021 pada jam 10 malam hingga 9 pagi untuk penjimatan yang lebih banyak:
Model | RRP | Current Rebate | Rebate | J-to-A Promo |
Galaxy A32 5G | RM1,199 | RM100 | RM150 | RM949 |
Galaxy A32 (8GB) | RM999 | – | RM150 | RM849 |
Galaxy A22 5G | RM999 | – | RM120 | RM879 |
Galaxy A22 | RM899 | – | RM120 | RM799 |
Galaxy A12 (6GB) | RM699 | – | RM80 | RM619 |
Galaxy A03s | RM559 | – | RM80 | RM479 |
Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini dan pilih Galaxy A anda sekarang. Layari Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.