Elon Musk dilihat bakal mengikuti jejak langkah aktivis pelabur bllionaire, Carl Icahn. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla ini buat masa ini sedang memegang 9.2% saham di Twitter.

Beliau mula menawarkan pembelian platform media sosial ini pada nilai $54.20 (~RM229.35) sesaham sekitar petang tadi. Sepucuk surat turut ditulis oleh beliau kepada Pengerusi Twitter, Bret Tailor sebagaimana yang diperoleh menerusi pemfailan SEC baharu.

“I invested in Twitter as I believe in its potential to be the platform for free speech around the globe, and I believe free speech is a societal imperative for a functioning democracy.

However, since making my investment I now realize the company will neither thrive nor serve this societal imperative in its current form. Twitter needs to be transformed as a private company.

As a result, I am offering to buy 100% of Twitter for $54.20 per share in cash, a 54% premium over the day before I began investing in Twitter and a 38% premium over the day before my investment was publicly announced. My offer is my best and final offer and if it is not accepted, I would need to reconsider my position as a shareholder.

Twitter has extraordinary potential. I will unlock it.”

Berita mengenai pembelian 100% saham Twitter oleh Elon Musk ini turut menyebabkan saham Twitter meningkat 13% menjelang pembukaan bursa saham New York.

Perkara ini telah disahkan oleh Twitter menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi. Menurut kenyataan tersebut, pihak lembaga pengarah akan mempertimbangkan cadangan tersebut dan akan mengambil kira kepentingan bersama syarikat dan seluruh pemegang saham lain.

Tinggalkan komentar