Windows 10 boleh dianggap sebagai sistem operasi dari Microsoft yang terbaik setakat ini. Namun, disebalik segala gegak-gempita kehebatan sistem operasi ini yang sering diuar-uarkan di dalam iklan, sistem operasi ini tidak dapat lari permasalahan yang timbul sepertimana sistem operasi lain.
Salah satu masalah yang sering timbul adalah masalah sistem operasi ini restart secara tiba-tiba ketika pengguna membiarkan untuk beberapa ketika dan Alhamdulillah, mujur ada Pamoga cara untuk membetulkannya.
Automatic Update sering dianggap sebagai perkara yang menjengkelkan bagi pengguna Windows sejak lama dahulu. Kemas kininya hadir tanpa diduga dan mengakibatkan komputer pengguna restart jika pengguna tidak sedar notifikasi yang diberikannya. Malah, ada sesetengah update yang memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan hingga membuatkan pengguna merasa ianya perbuatan yang membuang masa.
Keadaan masih tidak jauh berubah untuk Windows 10 apabila kemaskininya dijalankan ketika anda AFK (away from keyboard) pada tempoh-tempoh tertentu.
Untuk mengubah keadaan ini, anda boleh melakukan konfigurasi sendiri dengan pergi ke butang Start > Settings. Dari tetingkap Settings, klik Update & Security. Kemudian, klik pada Advanced Options. Seterusnya, di bawah ‘Choose how updates are installed’, pilih ‘Notify to schedule restart’ dari drop down menu yang tersedia.
Walaupun cara ini tidak dapat menghentikan muat turun kemas kini yang dilakukan secara automatik, namun sekurang-kurangnya kita masih lagi dapat mengawal bila waktunya kita bersedia untuk melakukan pemasangan kemas kini tersebut.














nice info..tq
Maaf mengganggu.tumpang tanya,lepas saya update windows 10,laptop sy asyik restart tanpa henti sehingga keesokan harinya…mcm mana cara utk atasinya ye
Mungkin ada file yang missing waktu update ke Windows 10 tu. Cuba hidupkan guna Safe Mode, waktu PC baru on tekan F8.